Galeri


Koleksi-koleksi gambar pelanggan @bengkungmodenterkini , ada gambar-gambar yang terpaksa di kaburkan atas dasar mengikut permintaan pelanggan (almaklum,ibu yang tengah berpantang ni seri kurang ckit). Caption yang di letakkan adalah dicopypaste terus dari media sosial  rasmi Bengkung Moden Terkini.

#ceritapagitadi CODπŸ‘‰ 2 Set Nona Roguy πŸ‘‰5pcs Nursing Bra +FOC Bra Extender Dan mak kasi FOC Pilis 5pcs.. ALHAMDULILLAH πŸ€—πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Customer kata dia ada survy2 set berpantang NR ni, katanya skg NR da kluarkan set baru yang mana isi dalamnya makin kurang..kotaknya pun makin slim.. Mak tak pasti pula bekenaan set baru ni..sebab tahun ni mak belum restok lagi Set NR..biasa restok yg loose2 je.. ni Stok Tahun lepas tapi exp date 2021 ya..😬 Suaminnya siap tanya ni produk ori ke clon..blur kejap mak.. Ada klon ke?..huhuhuhu.. Yang pasti set NR mak ni ori yeπŸ€— Terima kasih kerana membeli..mak jualπŸ₯°πŸ₯° 

Hari ini back to back customer datang untuk self pick up order.

Banyak persamaan antara kedua2 customer ini, kedua2nya order TUNGKU BESI selain ada yang mengorder produk NONA ROGUY..
Kedua2nya juga tengah tunggu hari untuk melahirkan anak yang ke 2πŸ€°πŸ€±πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦

Harap dipermudahkan segalanya. Nanti kalau ada apa2 yang kurang bolehla datang beli lagi..masing2 duduk sebelah taman sahajaπŸ€—

Malam tadi rumah admin dikunjungi oleh pelanggan yang nak beli barang2 keperluan semasa barpantang. Jauh datang dari KLANG.
Puan Amelia datang dari jauh sebab nak tengok dan rasa berat Batu Sungai yang sesuai untuk bertungku disamping nak beli barang keperluan yang lain (berpantang sendiri).
Setelah selesai urusniaga, lega katanya sebab keperluan berpantang da lengkap. Cuma BENGKUNG NUR,kemudian insyallah akan order sebab tak pasti lagi bersalin normal ke czer, bengkung tradisional ada dah.

Sebelum balik kami bagi Puan Amelia pilih mana2 sahaja NURSING BRA yang beliau berkenan pilih sahaja tak kira harganya, beliau memilih NB2503 yang super gorgeous,memang awal2 berkenan yang design tersebut tapi oleh kerana lebih prefer bukaan butang depan,beliau beli design yang lain dengan harga yang sama. Bagi menghargai beliau sudi membeli-belah di rumah admin. Kami juga bagi FOC TUNGKU HERBA IBU mana tau tiba2 kena czer bolehla guna nanti. Dimaklumkan bahawa kedudukan bayi beliau songsang. Kami doakan proses  kelahiran bayi ini berjalan lancar. Ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat hendaknya..amin..

http://www.wasap.my/60162224124


2 malam berturut2 ada customer yang datang nak beli TUNGKU BATU SUNGAI kedua2nya ada kena mengena dalam bidang perbidanan@urutan.
Kali ni Puan Amira yang datang dari Wangsa Maju menceburi bidang physiotherapy & mengurut ibu2 lepas bersalin.
Kalau sesiapa yang perlukan khimat beliau bolehla hubungi no. 019 400 6276.
Masa jumpa katanya memang nak cari Tungku Batu sungai, sekali Goggle keluar admin punya yang banyak..

Berminat nak order juga? Murah sahaja RM25.00 siap sarung yang tebal & menawan

http://www.wasap.my/60162224124..



Hari ini kita marathon COD Produk2 berpantang dari SUNGAI BULOH ada 2 customer menunggu iaitu cod 3 set BENGKUNG NUR  & 2 pcs TUNGKU BATU SUNGAI
Kemudian Rushing ke SELAYANG pula untuk Cod SET TUNGKU BESI.
Last sekali petang ckit kita Cod pula HERBA MANDIAN KUNING BAYI & DWIMANDIAN IBU.
Cod ke Sungai buloh paling mencabar banyak kali tersalah jalan. Sekali salah jalan bukan dekat nak U Turn da gaya jalan KL da..huhuhu..
Dalam perjalanan balik tu banyak juga pit stop nya..
Singah kedai yang biasa kita beli susu di Selayang..
Beli kain di Nagoya.. singah Pos Laju n Skynet rawang untuk pos order.
Last sekali singah kedai Gadget nak minta repair HP suami yg baru beli tapi start sewel n KFC di Bukit Sentosa..



Semalam ingatkan customer yang datang dari Maluri paling jauh..
Hari ini ada yang lagi jauh..♡PUTRAJAYA♡..
Dalam 90km gitu..
Datang untuk membeli MINYAK TELON IBIN SALIM.
Mulanya nak oder 18 Botol sekali tapi stok dalam tangan ada 11 botol shj. Lagi 7 botol minta diposkan kemudian..

Beliau dah lama mencari minyak telon jenama ini baru sekarang jumpa..
Dah 7 tahun mengamalkan menggunakan minyak telon Ibin Salim..
Kali ni nak beli untuk kawannya yang akan menimang cahaya mata..
Untung dapat kawan yang amat2 prihatin..πŸ€—πŸ’ͺπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒ

Sejuk perut isteri mengdung kalau ada suami yang perihatin macam ni kan?..
Jam8 malam janji nak datang jam 7.51 malam sampai dah..dari awal memang deal dgn suaminya.. si isteri datang sekali hanya untuk pilih2 barang mana yang berkenan..

Suami pelangan2 kami semuanya jenis caring & daring..



CERITA SEMALAM

2 tempat COD & 1 SELF COLLECT.
Untuk yg cod ke ampang, anak daranya tolong ambilkan sebab da senja2 tak elok ibu berpantang keluar rumah..

Semalam lepas shj cod barang kita bergegas balik, untuk standby kat rumah sebab ada customer nak datang untuk beli TUNGKU BATU SUNGAI & TUNGKU BAYI customer yg datang dari 2 blok dr blok kita..
Wakilkan suaminya sehab da malam..
Oleh krn suaminya berpelekat so ala malu2 kita kasi blur abam sado ni ye..

Dalam bergegas2 tu sempatla drive thru McD untuk suami & anak tersayang..



Bila seminggu bercuti di kampung hari ini sekali ada 3 customer dah siap2 booking awal untuk SELF COLLECT barang dr #bengkungmodenterkini
Ada yang beli TUNGKU BATU SUNGAI untuk kawan yang sedang menghadapi masalah separa Lumpuh & ada yang beli untuk ibunya yang ada masalah kesihatan.

Ada juga customer yang datang untuk membeli BENGKUNG NUR kerana baru keguguran serta bayar sekali SET TUNGKU BESI yang sekarang da OUT OFF STOCK (esok baru beli stok).. nanti beliau akan datang lagi untuk colect tak pun sy yg akan cod ke rumahnya..

Lagi sorang customer tukar plan nak datang esok sebab Tungku Batu sungai juga da SOLD OUT arini..



Semalam COD set TUNGKU BESI dekat suaminya di petron BBS.
Petang ni pula kita BENGKUNG NUR dekat isterinya pula yang sedang berpantang akibat keguguran.
Walaupun  usia kandungan baru  dalam 10w++ si suami nak isterinya bepantang betul2 dan amat mengambil berat tentang penjagaan bepantang isteri tersayang..
Pasangan yang amat peramah dan sporting..
Kami doakan cepat2 mengandung lagi..dan keluarga sentiasa dalam lindunganNYA..Amin..



Pagi ni kami dikunjungi dengan pelanggan yg datang jauh dari Kajang (40km++)..
Ingatkan sampai tghhari, sekali dpt call kata da sampai..
Kalam kabut kita bersiap untuk jumpa customer..

Puan Rahmah membeli BENGKUNG NUR bukan untuk berpantamg tapi untuk dipakai nanti bila corcet Premium Beauty nya akan dihantar untuk repair..

Macam biasala kalau customer Selfcolect atau COD kita akan suruh customer try saiz mana yg sesuai..
Sekali try katanya saiz M lagi selesa..


Done cod BENGKUNG NUR tengah hari tadi..
Customer ni beli untuk isterinya yang baru lepas buat operation di bahagian perut..
Katanya Bengkung yang pihak hospital bagi tak selesa pakai dan buat kulit isterinya gatal2..
Bila dapat tahu tentang bengkung Nur dan tengok patern terus oder..

Oleh krn tuan badan malu2 nak bergambar jadi kita kasi kaburkan wajahnya..


Baru lepas melayan customer yang datang ke rumah untuk mengambil TUNGKU BATU SUNGAI & 3pcs NURSING BRA.
Tingal berdekatan selayang ni juga.

Ibu muda yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata ke dua yang dijangka pada bulan April ini. Katanya,insyallah akan repeat oder lagi,terutama Nursing bra.
Admin mengharapkan semuanya akan dipermudahkan.. amin..


#ceritaCOD

Terima pangilan dari Puan Bavani pagi, petang terus kita berdesup pergi COD..
nak membeli BENGKUNG NUR dan NURSING BRA katanya..

Puan Bavani baru 10 hari bersalin anak perempuan sulong yang sangat comel. Menurut beliau lagi,beliau baru sahaja keluar dari hospital kerana bayinya ada masalah demam kuning. Dah balik terus goggle Bengkung Moden sekitar selayang/batu caves.
Katanya semua keluar Bengkung Nur ini.. masa tu hidung kembang ckit..hihihi..
Lama jugala kami bersembang, share2 cara berpantang Melayu dan India. Banyak ilmu yang kami dapat.. Suaminyala yang banyak share2..


Customer datang untuk selfpick up TUNGKU BATU SUNGAI datang dari Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) untuk isterinya yang sedang berpantang masuk hari ke 20..

habis 1 kuartes customer cari blok kami tak jumpa..
Nak buat macamna blok kami ni special ckit, tak ada signboard..blok lain semua ada..da bagi direction pun customer blur2 juga..huhuhu


Semalam lepas sahaja siap2kan order customer untuk diposkan, bergegas pergi kedai runcit beli barang untuk masak tengahari. Suami suruh beli lauk sahaja sebab da lambat..
Oleh kerana tekak ni nak makan ikan terubuk bako jadi,beli jugala bahan2 mentah..
Balik je terus bergotong-royong masak dgn suami..Kita siap2kan bahan dia tukang masak..πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻
Bila siap sahaja semua lepas makan rehat sekejap kasi tarik napas panjang, bergegas pula COD barang kat customer di Kampung Laksamana dan Sri gombak..
Dua2 tempat kita COD ni tak dapat face to face dengan tuan badan kerana yang sorang tengah berpantang masuk hari ke 2, minta suami turun bawah sahaja ambil sebab lift rosak..
Beliau oder BENGKUNG NUR & HERBA MANDIAN. Pagi order petang berdesup terus kita hantar nak urgen katanya, yela kan baru lepas bersalin..

Tempat ke dua pula di Sri Gombak. Beli Bengkung Nur untuk Anaknya yang berada di Indonesia..

SAYA JUAL YE..πŸ€—πŸ€—πŸ˜˜πŸ’ƒπŸ»


Customer datang untuk selfcollect TUNGKU BESI + SARUNG

oleh kerana cuatomer ni seorang yg pemalu jadi kita blur2 ckit gambarnya..


Harini customer yang pernah oder BENGKUNG NUR dalam 2 tahun lepas di tapak niaga kami di Downtown Selayang datang lagi untuk oder bagi pihak keluarganya.❤❤❤
Bila dapat tau pun bila beliau ada bagi tau pernah beli masa kat downtown sana..
Terus flashbck.. semalam beliau ada datang juga kat downtown tu, mencari kedai admin..tapi tak buka.
Bukan tak buka tapi da stop niaga sana.. Kita snap kat dalam kereta pun boleh..almaklum hujan☁🌧🌧


Pagi2 da gerak COD BENGKUNG NUR & UBAT PERIUK di Damansara Damai.
Seorang guru yang baru keguguran anak pertama 2 minggu lepas kerana rahim tak kuat..
Jadi kita rekemen untuk mencuba minuman herba Ubat Periuk..
Diharapkan dapatla membantu masalah yang dihadapi..


Back to Back
Hari ini berturut2 orang datang untuk selfcollect tungku batu sungai..
Kedua2nya patutnya nak datang semalam tapi oleh kerana admin busy dengan meeting jadi di anjak ke hari ini
Yang pertama datang dari taman Batu Caves, sedang sarat mengandung anak ke 3..
Customer yang ke dua pula datang dari Rawang dan sedang berpantang anak ke 2 masuk Hari ke 11..
Kita kasi free calendar sekali
Bila diperhatikan dua2 customer ni lbh kurang shj susuk badan dan paras rupanya..


Pagi2 ni kita kongsi lagi gambar customer yang Selfcollect Produk2 Berpantang.
Ibu muda ini datang jauh dari SETIA ALAM kalau ikutkan goggle map jaraknya dari tempat admin 56km..πŸ’ͺ🏻😍

Fuh! Semangat sungguh datang sendiri dengan suami,walaupun usia kandungan da masuk 9bulan untuk menyoping dengan kami..
Katanya nak singah rumah kakaknya yang baru sahaja selamat bersalin di Sungai Buloh.
Kira sekali jalan..πŸ’ͺπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ˜

Beliau membeli 2 pcs TUNGKU BATU SUNGAI (1 untuknya n 1 lagi utk kakaknya), DWIMANDIAN HERBA 2pck,TUNGKU BAYI & MINYAK TELON, manakala 8pcs BARUT BAYI Zap On akan diposkan kemudian.


Hari ini bapak2 yang datang sendiri beli barang..
Sorang datang dari kepong..
Membeli produk2 berpantang untuk isteri tersayang..
Dan yang sorang lagi datang dari Sungai Buloh, membeli VCO untuk anaknya yang ada masalah kulit..

Malam ni ada customer datang self collect TUNGKU BATU SUNGAI..
Puan @amandaarnee datang dari Wangsa Maju dan tengah mengandung 8 bulan.
Harap segalanya dipermudahkan.


Hari ini 2x kita datang rumah Puan Safina untuk cod barang Berpantang.
Beliau baru je semalam discharge dari Hospital Sungai Buloh.

Biasanya customer nak Bengkung Nur kita akan bawakan 3 saiz terdekat..
Tapi kali ni terbawa 1 saiz je (saiz yg dioder) kalut nak siapkan masak tengah hari,ambil anak dan pos oder customer sampai terlupa nak bawak saiz lebih..
sekali test tak lepas pula..huhuhuπŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–
Tak boleh pakai ketat2 sangat kerana Puan Safina bersalin secara CZER..
Nasib baikla tak berapa jauh..kalau tak jenuh gak mak nak patah balik..

Selain BENGKUNG NUR Puan Safina juga memborong 6pcs NURSING BRA, TUNGKU BATU SUNGAI, TUNGKU HERBA bayi, HERBA MANDIAN 2pck.😊πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ˜πŸ˜˜

Terima kasih kerana membeli ye..
Saya jual.. πŸ˜ƒ


Pertama kalinya kami COD Barangan Perpantang pada waktu malam luar dari kawasan Selayang/Batu Caves, iaitu di TAMAN MELATI.
mencabar jugala mencari rumah taman malam2 ni..huhuhuπŸ’ͺ
Biasanya kalau malam cod dekat2 shj tu pun di tempat2 yg familiar.

Oleh kerana ibu muda kita ni nak urgen dan tengah berpantang hari ke 15, ditambah pula bayi sulongnya kena Demam Kuning dan baru pagi tadi terpaksa refer ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.
♡Alhamdulillah tak kena admit cuma kena selalu pantau sahaja♡πŸ‘ΆπŸ»πŸ˜‡πŸ˜Š
Beliau amat memerlukan Bengkung yang mudah dipakai dan senang bergerak. Sekarang ini kena berpantang sendiri.
Nasib baikla ada BENGKUNG NUR dapatla melalui hari2 yang mencabar ini..🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Selain Bengkung Nur, beliau juga membeli produk2 lain seperti TUNGKU BESI & memborong NURSING BRA.πŸ’·πŸ’ΆπŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»



Semalam kita COD BENGKUNG NUR dekat regular customer..
Surirumah yang HEBAT, Ibu kepada 4 orang cahaya mata dan sekarang ni tengah berusaha habiskan PHDnya.

Masuk ni da 3x oder barang.
Pertama kali oder semasa beliau tengah berpantang anak ke 4 nya.
Kali ke dua, oder pelbagai produk berpantang untuk adiknya. Masa kami cod tu adik beliau baru masuk hari ke 2 berpantang..
Dan kali ini oder Bengkung Nur untuk Mak ciknya pula..

Semoga PUAN SEKELUARGA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI



Hari ini BENGKUNG MODEN TERKINI cod produk2 berpantang ke AMPANG..
Rumah pertama yang kami pergi ialah di rumah regular customer, dah 2x COD 1x pos dan 1x selfcollect.
Hari tu cod untuk si kakak yang sarat mengandung 8bulan, kali ini pula untuk adiknya yang masih dalam berpantang. Beliau Membeli BENGKUNG NUR & 3pcs NURSING BRA.

Lokasi ke dua ialah di parking TESCO AMPANG. Pada awalnya nak datang sendiri self colect TUNGKU BATU SUNGAI untuk isterinya yang sedang berpantang. Oleh kerana dah alang2 kita cod barang ke ampang jadi sekali jalan.. lagipun rumahnya berdekatan tesco ni sahaja..


Semalam Cod BENGKUNG NUR dekat Puan Asmaa di HOSPITAL SELAYANG.

Tak sangka katanya kena Emergency Czer nak Bengkung Nur pun urgen.
Nasib baik dekat sahaja. Nanti bila da discharge nak oder barang2 berpantang lain, kakaknya pun nak oder sekali..
Diharapkan Puan Asmaa dan bayinya cepat discharge. Bolehla berpantang di rumah dengan jayanya..



Lewat petang tadi ada customer datang untuk beli TUNGKU BATU SUNGAI & DWIMANDIAN HERBA.πŸ’°πŸ’·πŸ’Ά

Puan Sabrina datang jauh dari SHAH ALAM. 
Macam tau2 je yang tokey produk Berpantang ni baru sampai dari Bercuti...hihihi..😁πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»

Ramai pula customer yang datang dari Shah Alam ni..bukan dekat, dalam 40km tu..πŸš—πŸπŸ›©

Katanya nak beli barang2 ini untuk kawannya yang ada masalah DARAH BEKU tak mahu keluar dari rahim selepas bersalin..
Jelasnya lagi, kawannya selalu sakit2 dekat bahagian Rahim tu, ada benda nak kluar tapi macam ada yang menghalang..sakitnya sampai nangis.. 2 bulan da bersalin..πŸ˜žπŸ˜žπŸ˜–

Puan Sabrina tanya juga mana nak cari daun Mengkudu, terus teringat yang belakang Rumah Pegawai ni ada Pohon MENGKUDU.Alang2 kita temankan petik daun tu sekali..
Berbaloi datang jauh2 siap dapat Daun Fresh..🌿🌿🌿

Htag CERITA SEMALAM.

Inila Puan Ara yang kita da set appointment utk COD BENGKUNG NUR.

kecil molek je orangnya, lebih kurang dengan kita jugala cuma kita ni lemak lebih ckit..huhuhuπŸ˜–πŸ™ˆπŸ™ˆ
Oleh kerana deal face to face so kita demo sekalila pakaikan kat tuan punya badan.
Bila da pakaikan terus Puan Ara Cakap "WAH! Bestnya kak, rasa padat ke badan".. Da kenal terus jatuh cinta kan?..hihihi πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»
Mana taknya rasa kelainan sebab da 2 tahun lepas bersalin tapi tak berbengkung kerana bersalin secara CZER.



Rezeki di pagi hari..
Puan Fauziah datang dari UKAY PERDANA bersama suaminya.
Nak selfcollect TUNGKU BATU SUNGAI HERBA.
Masa mula2 berjumpa terus saya cakap "Puan tengah berpantang ke?"
Sebab cara jalan dan berstokin.Katanya tidak, baru lepas oprate buang cysts katanya..
 Fibroid@CYST adalah salah satu mimpi ngeri setiap wanita kerana hadirnya ditidak diduga..tiada sakit ataupun tanda2..huhuhu
Berbalik kepada Puan Fauziah, beliau mahu membeli Tungku Batu Sungai ni kerana bahagian Rahim@Perut rasa tidak selesa..
Sy bagi khimat nasihat ckit..kalau masa awal2 oprate ni kalau boleh elakkan bertungku di bahagian luka tersebut..hanya dibahagian sekeliling2nya sahaja..
Jika luka da benar2 baik baru boleh bertungku bahagian tersebut.
Tungku Batu sungai ni agak berat dikuatiri akan membuatkan luka oprate terbuka..huhuhh


COD 2 Set ♡BENGKUNG NUR♡ dekat Si Cantik Manis Puan Puti Maryam di Hospital Selayang.
Orangnya sangat peramah sejam bersembang pun rasanya tak cukup.
Beliau membeli Bengkung Nur untuk persediaan dalam perancangan untuk menggandung lagi (insyallah).

Katanya dapat tahu mengenai Bengkung Nur ini dari Patient yang baru selamat melahirkan anak dan ternampak patient ni memakai Bengkung Nur..terus beliau minta nombor untuk dihubungi sebab nak oder juga..
Lepas ni nak tengok2 NURSING BRA pula..


Gigih si suami datang sendiri untuk tukar saiz BENGKUNG NUR kerana bila da try tak muat pula.
Ingatkan nak pos shj sebab sebelum ni Puan Asrinah beli melalui online.
Kalau nak pos mungkin makan masa, lagipun Puan Asrinah baru selamat melahirkan anak yang ke 4 semalam.
Jadi beliau perlukan Bengkung dengan kadar segera.
Kita bagi Free TUNGKU BATU SUNGAI sebagai tanda menzahirkan ucapan tahniah atas Kelahiran ahli keluarga Baru.


Baru tadi customer datang untuk selfcollect TUNGKU BATU SUNGAI HERBA & MINYAK URUT AFIAT.
Customer yang cantik jelita dan lembut je orangnya..
Datang dari Melawati ditemani suami yang sangat sporting.

 Hari ini 3 tempat kita COD #baranganberpantang . Sempena tarikh chantek 11.11.16..
Keluar start jam 3 berakhir jam 6 petang.
Mula2 cod ke tempat kerja Puan shena di Batu Caves. Beliau order TUNGKU BATU SUNGAI HERBA, BARUT BAYI & NURSING BRA.
 →→→→Kemudian bergegas ke lokasi ke dua iaitu di #ukayperdana dirumah Puan Fazidatul. Beliau mula2 oder BENGKUNG NUR & BEDUNG BAYI, bila kita tunjuk2 barang2 lain Puan Fazidatul tambah order NURSING BRA 2pcs & UBAT PERIUK.
→→→→ last sekali menghala balik kita singgah #macdonalds Batu caves,  (last minit tukar lokasi..lokasi awal #ampangpoint ) untuk cod TUNGKU BESI dekat Puan Aina, katanya nak beli untuk kawannya yang sedang berpantang dan tungku besinya hilang dah..
★ Puan Sheena dan Puan Fazidatul tengah tunggu masa shj untuk bersalin.

Akhirnya semuanya selamat kita COD.



Baru sahaja balik dari COD Kelengkapan Berpantang seperti #bengkungnur , #tungkubatusungai , #herbamandian dan #minyaktelon dekat #giant #batucaves ..
Customer akak sorang ni tengah sarat mengdung.. dalam 1-2 minggu gitu due nya..
Harap2 semuanya berjalan lancar dan dikurniakan bayi yang sihat serta comel..
Lepas COD dan terangkan berkenaan barang2 yang dibeli kita anak beranak p shopping pula dalam tu..alang2 kan..hihihi


Pagi2 blur sekejap sebab tetiba ada customer bank in duit tampa ada butir2 #closedeal ..salah no kot..tapi bila cek ada transaksi duit masuk..
Awal petang baru dapat reply..
Tapi tak dan dah nak selit pos untuk arini..next pos (jumaat) la gamaknya.
Dato' X pun decide untuk datang ambil sendiri.
Nasib baikla ready stok.

Lewat malam datang tapi kita tak kisah pun asalkan da infrm awal2..
Cantik orangnya,mulus je kulit serta sangat humble.
Nak pulangkan duit caj pos tapi Dato' bagi je..
Alhamdulillah rezeki terlebih malam ni..
Ingatkan dapat tau tentang bengkung ni dari dari kawan beliau yang pernah berurusan dengan #bengkungmodenterkini  rupanya secara kebetulan..dapat dari mudah.com


COD BENGKUNG NUR & NURSING BRA masa balik sekejap kat MUAR, JOHOR.
oleh kerana Puan H hanya infrm nak nursing bra dan tak inform nak saiz apa bila da gerak nak balik kampung baru dapat sms nak saiz 3*BC so kita ambil je saiz 3*BC just nak tunjukkan sample..nanti kemudian kasi poskan je terus kalau nak order.
Bila da try rupanya muat2 pula saiz ni,bila da muat apa lagi di sapu semua 8pcs  + 1pcs FOC nursing bra yang kita bawa. Katanya nursing bra memang tak beli lagi sebab nak borong dari kita..

#selfcollected

Seorang Suami yang buangkan rasa penat bekerja, drive sejauh lebih kurang 20KM demi untuk tunaikan hasrat isterinya yang sedang berpantang dalam seminggu lebih untuk berbengkung dengan BENGKUNG NUR..
Katanya bengkung yang ada sekarang ni tak selesa dan susah nak pakai..

Kalau tungu pos nanti 2-3 ari baru sampai..
Kalau datang ambil sendiri tengah2 malam pun admin buka kedai..hihihi

Customer yang tengah sarat mengandung anak ke 2 datang dari Setapak untuk membeli TUNGKU BATU SUNGAI. nak yang berat2 katanya baru best.

Baru shaja tadi @bengkungmodenterkini dikunjungi oleh pelanggan yang ingin membeli BENGKUNG NUR. Duduk berdekatan sahaja..
Seorang ibu yang bakal menimang cahaya mata ke dua dalam masa terdekat.
Selain Bengkung Nur kami juga tunjukanla produk2 berpantang lain.. jadi bertambahla barang yang nak dibeli, Losyen Pati Halia,Dwimandian,dan Minyak telon.
Katanya nak tunjukan bengkung ni dekat rakan sekerja yang bakal melahirkan anak ke 3 melalui Czer.
Terima kasih atas Sokongan anda.. ♡.♡


Hari ini COD Bengkung Nur ke Ampang pula..

Sebenarnya Puan Anas Haiza sudah buat bayaran Bengkung Nur secara online untuk diposkan sahaja..bila dapat alamat dipikir2 balik lebih baik cod sahaja lagipun Puan Anas sedang BERPANTANG dan ditambah bersalin baby Twin secara CZER pula, lebih elok kalau saya datang ke rumah dan demo cara pakai sambil2 tu bolehla promo barang2 lain sekali.
Da lama tak cod jauh2 ckit rasa gian semacam..hihihi..
Walaupun jarak perjalanan 30++km tetap ku redah..

Sebenarnya kita rekemen saiz yg lebih besar iaitu XL masa awal2 Puan Anis bagi ukuran badan beliau melalui Whatapps.. sekali datang rumah dan tengok tuan punya badan rasa2 M or L ni..
Tapi oleh krn kita bawak saiz L,XL & XXL so tryla saiz L.. Rupanya beliau salah bagi ukuran..huhuhu

Bila pakaikan katanya BEST SANGAT dan RASA PADAT JE PERUT, SAIZNYA PULA NGAM2 TAK TERLALU LONGGAR dan TAK TERLALU KETAT..

Dalam bersembang2 tentang barang lain kita tunjukkanla pula Nursing bra, terus Puan Anas Try dan bila rasa sangat selesa beliau ambil beberapa helai.. Alhamduillah Rezeki untuk hari ini..

Malam tadi customer merangkap #facebookfriend yang juga belajar 1 universiti & 1 batch, cuma lain sekolah@faculty shaja datang singgah ke rumah untuk #selfcollect TUNGKU BATU SUNGAI..
Katanya beliau hendak membeli #tungkubatusungai  ini kerana ada masalah Period yang tak teratur dan ada rasa sakit2 dibahagian perut@rahim
Beliau ambil sarung biasa dan sarung herba, katanya sarung biasa tu nampak #feminism sangat..

Semalam petang ada customer #selfcollect kat rumah kami..
Katannya nak #tungkubatusungai untuk merawat SAKIT URAT yang dihadapinya kerana salah makan selepas melahirkan anak (skg da 2 bulan bersalin). Dah alang2 datang tu kita promotela barang2 lain yang berkaitan..
Promote skli #ubatperiuk yang memang bagus kalau ada masalah macam ni..
Selain tu tak lupa juga grap #nursingbra .. 

#ceritasemalam 
Pelanggan yang sepatutnya sy #cod ke rabu lepas tapi tak jadi krn ada urusan penting, kali ini datang sndri untuk try terus bengkung #superhot #bengkungnur ..
Saya lebih suka #facetoface sama ada dgn cara COD or pelanggan datang sndri #selfcollect sndri dgn pelanggan..selain dapat #demo cara pakai, dapat juga #promote barang2 jualan lain..
Hajat utama Cikgu Haslina dari #sentul nak beli Bengkung Nur shj. Tapi bila sy tunjukan #nursingbra dan #nursingpad terus rembat bukan 1pcs tapi 3pcs terus,πŸ‘™πŸ‘™πŸ‘™ nak beli lebih sebenarnya tapi patern n saiz yg berkenan stok habis dah.😒😒
Oleh krn membeli banyak barang sy kasi #foc Nursing pad 1set..


Baru lepas pas #manjakaniasli serbuk dekat customer .. lewat malam pun kita layan customer yang nak #selfcollect @ #selfpickup .. 
Pasangan suami isteri yang amat sporting..hari tu datang sndri tapi kali ni bawak skli tuan pya badan..

Tengah2 malam pun kita layan #cod #Bengkungnur kat #hospitalmuar kali ni untuk kawan sekolah juga yang da selamat bersalin 9 hari lepas secara #czer tapi stil berjaga di hospital kerana ada masalah kesihatan sedikit bayinya..
insyallah esok kalau tak ada aral boleh balik dah..
Kasi fitting terus..katanya "sedap ye pakai"..
Ramai pulak geng2 bersalin masa bulan puasa n raya ni..πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά



Raya ke 6..
Customer merangkap geng 1 skolah rendah #order #nursingbra .. pagi tu wazap tengahhari terus berdedup p #cod sambil2 beraya..
Pilih punya pilih sekali 5pcs di sapu Nursing bra..semua grap yang patern2 baru..
Bila kira2 katanya "5pcs ni kalau brand #autumn dapat 2pcs je" kualiti n patern tak la lawa sangat..hihihi..
Malam ni kita #cod #Bengkungnur dan #nursingbra dekat kampung sebelah je..
Walaupun da 60 hari bersalin tapi stil nak berbengkung,untuk maintain body..
Jadi misi diteruskan dengan mencari bengkung yang mudah untuk dipakai..



Hari pertama beraya kat kampung da set apoimen #cod #nursingbra kat customer di kampung halaman #muar @muo ..
Deal awal nak 2pcs je..sekali try terus oder 4pcs gtu..
Katanya next nak #Bengkungnur pula sebab bersalin #czer Dan susah nak berbengkung guna bengkung zigzag..Tapi nak bincang2 dengan 'Bos' ..
Almaklum raya ni banyak pulus banyak guna..huhuhu
Lepas ni nak set apoimen cod dekat customer yg duduk kampung sebelah je..♡.♡


Harini customer #selfpickup #ubatperiuk beli sekali 6pket..
Ibu yang manis ayu ni tgh sarat mengandung..
Buat masa skg beli yg urgen dulu..
Next oder insyallah nak beli #Bengkungnur dan #nursingbra  pula..


Customer datang lagi untuk #selfpickup #order #Bengkungnur dan barang2 berpantang lain untuk si isteri yang telah selamat melahirkan #babygirl . 
Si suami baru je terlibat dalam kemalangan. Sakit2 pun tetap juga gagahkan diri untuk datang sendiri dari #bangi ke #selayang yang jarak perjalanan lbh kurang 50KM..
Kagum sangat dengan kesunguhan si suami.. ♡.♡
Kami bagi #FOC #barutbayi
Da #jaudiceherbalbath ..
#bengkungnur kalau self pick up kami bagi HARGA RM70.00 sahaja dari harga asal RM79.00.

Pagi2 ada da set apoimen customer nak datang dari Puchong utk #selfpickup #Tungkubesi dengan #sarungherba . Bila sampai je sy tanya "nak barang2 lain tak? Boleh bawak turun sekali" , katanya nak tambah #manjakaniasli serbuk n #buahmanjakani serta #nursingbra .. kita pun bwk turunla semua barang yang dipesan..masa pas barang2 dagangan smpatla brbual2..
Katanya nak barang #urgent sbab isteri da slamat besalin awal dan bayinya kurang berat jadi tpaksala ditahan dekat hospital.. beliau kesian dgn isterinya yg masih berpantang (anak sulong) tapi terpaksa berulang alik..
Bila je kita dengar story ni terus rekemenkan #Bengkungnur yang amat sesuai dipakai kalau terpaksa membusykan diri semasa berpantang.. harap2 dapat membantu..
Jadi oleh krn. Kasih dan sayang serta kesiankan keadaan isterinya terus beliau pun oder skli #bengkungnur ..
Untung si isteri dapat suami yang amat perihatin..
Kepada suami2 diluar sana hargai la setiap pengorbanan isterimu demi melahirkan zuriat yang akan berBINkan atau berBINTIkan dgn nama kamu..πŸ‘ͺ😍😘


Awal bulan haritu kita #cod dekat Puan Ika barangan #kelengkapanbaby dan sedikit barangan #kelengkapanibubersalin .. Hari ini kita cod pula #Bengkungnur .. walaupun dah nak hujung2 hari berpantang tapi tak ada masalah untuk berbengkung dengan #bengkungnur kerana da abis pantang pun boleh pakai contonya dipakai untuk ke office..
Tak rugi beli tau..
Sembang2 agak lama juga sebab anak dara sorang ni tak puan main dengan anak2 Puan Ika..
Sembang2 jugala macammana sy boleh mulakan perniagaan barangan #keperluanberpantang ..
Katanya bagus tu #minyaktelon dan #confinementherbalbathbaby  yang dibeli dengan sy..


Harini sebelum bersilat kat dapo sempat set apoimen tuk COD barang dkat customer yang kebetulan duduk 1 kuartes polis ni..
Puan Ika yang berasal dari Tamparuli sabah walaupun sedang berpantang (3minggu) tetap maintain cantik dan ayu,body pun meletop tak macam ibu kepada 3 orang cahaya mata..anak paling sulong sudah 6 tahun..
Jeles mak tau..hihihi
Kali ni terpaksa berpantang sendiri katanya,atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..
Kita bagi FOC #pilis




Siang (27/05/16) tadi dapat kunjungan dari tetamu yang nak tengok2 #nursingbra dan #Bengkungnur bersama kawannya .. seminggu sebelum dah set apoimen tau..
Puan Nur ni pemalu ckit so dia kasi gambar sipi2 gtu..hihihi
Bila ditanya brpa usia kandungan,katanya 8 bulan dah. Rasa bersalah pula suruh  naik rumah yg tingkat 3 ni..huhuhu..
Untuk cover rasa bersalah tu kita bagi FOC #tungkubatusungai ..
Harap tak serik lagi datang rumah..muah!!


Selepas Puan Yanti membuat bayaran dan bagi alamat rupanya duduk berdekatan sini sahaja..so alang2 cod jela senang terus test coz beliau maklumkan yang dah bersalin dalam 2minggu lbh gtu dan secara #czer . Bila sampai terus pakaikan dan sy bawak 3 saiz bengkung yang berlainan.. alhamdulillah salah satu saiz sesuai dgn Puan Yanti. Terus pakai,siap duduk dengan selesa lagi.


Mula2 hanya oder #Bengkungnur sahaja,bila sy tunjukan barangan keperluan lain.. apa lagi, terus teruja nak tambah2 barang.. seperti#maternityunderware ,#herbamandian Aura Nur,#Dwimandian, dan Minyak #Patihalia ..
Oleh kerana banyak memborong saya kasi FOC 2 pcs #barutbayi ..
Second trip COD nanti Nursing Bra dan Ubat periuk pula..


Komen Dari Puan Yanti



Destinasi seterusnya COD Nursing Bra,maternity underwre dan baju2 baby dekat customer di taman wilayah..

Mula2 oder 2 pcs je nursing bra bila tunjuk patern lain terus grap lebih..hihihi..

Baju bby pun diborongnya..

Nak clear stok jadi jual murah2 je..
Arini stok #tungkubesi yg ditungu2 da selamat sampai, sepatutnya sabtu lepas smpi tapi lori rosak pla so pospone selasa..

Dapat je terus berdesup COD dekat puan@Bieb Eyba yang tengah tungu hari je.. barang2 lain da complete ka tanya cuma tungku je yg tak dapat2 lagi..nasib baik skodeng2 dekat mudah jumpa tungku yg kami jual terus oder.
Kalau di goggle2 tungku besi yang kami jual paling#murah dipasaran.
Tak caya?? Sila2la survy..


Ini adalah Gambar pertama pelanggan yang sy ambil self pick up sendiri. tengah sarat mengdung masa itu.

Barangan HOT ITEM


Bengkung Nur

No comments:

Post a Comment